Quotation kabinet siap masa site visit.

CBNXT ialah sistem sales untuk syarikat kabinet & wardrobe. Sales key in ukuran di rumah customer, quotation berlogo syarikat keluar terus, dan seluruh team nampak perjalanan setiap job sampai installation.

  • Daftar dalam 2 minit
  • Tak perlu kad kredit
  • Data kekal milik anda
  • Guna di phone & laptop

Di mana sales kabinet selalu tersangkut

Kebanyakan syarikat kabinet masih buat quotation dalam Excel, hantar gambar di WhatsApp dan ingat follow-up dalam kepala. Bila team makin besar, perkara ni mula terlepas.

Quotation ambil masa berhari-hari

Sales ukur hari ni, quotation keluar minggu depan. Masa tu customer dah dapat harga dari tiga kedai lain.

Harga lain-lain ikut siapa yang kira

Setiap sales ada cara kira sendiri. Margin bocor, dan customer perasan bila harga tak konsisten.

Follow-up bergantung pada ingatan

Quotation dah hantar, tapi tak ada siapa tahu customer dah buka ke belum, atau bila patut call semula.

Lepas booking, job hilang dari radar

Bayaran, production dan installation direkod di tempat berbeza. Bos kena tanya satu-satu untuk tahu status.

Satu job, dari ukuran pertama sampai kunci diserah

CBNXT ikut cara kerja syarikat kabinet. Setiap job bermula dengan site visit, dan setiap langkah selepas tu bersambung dalam sistem yang sama.

  1. 1

    Site visit

    Sales key in ukuran, jenis kabinet dan nota customer terus di phone semasa di rumah customer.

  2. 2

    Quotation

    Harga dikira ikut rate card syarikat. PDF berlogo atau link online dihantar sebelum sales balik.

  3. 3

    Follow-up & booking

    Nampak bila customer buka quotation. Sistem ingatkan bila perlu follow-up, dan rekod deposit booking.

  4. 4

    Production

    Job yang dah booking masuk board projek. Team kilang nampak apa yang perlu dibuat dan bila.

  5. 5

    Installation

    Jadual pemasangan, bayaran akhir, resit dan sijil warranty, semua dari rekod job yang sama.

Apa yang ada dalam CBNXT

Semua ciri dibuka semasa trial 14 hari. Starter fokus pada Sell. Growth dan Pro buka Deliver, Money dan alert Telegram.

Sell

Dari site visit sampai customer sign.

Today

Senarai kerja hari ini untuk setiap sales: site visit, follow-up dan quotation yang menunggu.

Sales

Site visit

Rekod alamat, ukuran dan keperluan customer semasa lawatan.

Sales

Quotation

Kira ikut rate card syarikat, termasuk add-on dan diskaun. PDF keluar dengan logo, bank dan terma anda.

SalesAdmin

Link quotation

Customer buka quotation di phone. Anda nampak berapa kali ia dibuka, dan customer boleh sign terus.

SalesCustomer

Follow-up

Peringatan follow-up dan rekod hasil setiap panggilan.

Sales

Deliver

Job yang dah booking bergerak sampai installation.

Board projek

Semua job yang dah booking dalam satu board, dari production sampai installation.

GrowthAdminKilang

Warranty

Sijil warranty berlogo dijana dari rekod job.

GrowthAdmin

Money

Setiap ringgit masuk direkod, setiap komisen dikira.

Booking & bayaran

Rekod deposit, progress payment dan bayaran akhir untuk setiap job.

AdminAkaun

Komisen

Kadar komisen dan override ikut tier yang anda tetapkan, dikira ikut tempoh yang anda pilih.

GrowthBosAkaun

Invoice & resit

Invoice dan resit PDF berlogo keluar terus dari rekod bayaran.

GrowthAdminAkaun

Performance

Prestasi setiap sales: site visit, quotation, booking dan nilai jualan.

ProBos

Setup

Sistem ikut jenama dan cara kerja syarikat anda.

Profile syarikat

Logo, warna, alamat, akaun bank dan terma yang muncul dalam setiap dokumen.

Admin

Staff & akses

Setiap staff ada username sendiri. Admin tentukan siapa boleh tengok dan ubah apa.

Admin

Alert Telegram

Notifikasi bila ada site visit baru, customer sign quotation atau bayaran disahkan.

GrowthBosAdmin

Pilih pakej ikut cara syarikat anda bekerja

Trial 14 hari buka semua ciri untuk seluruh team. Lepas trial, pilih pakej. Pakej tahunan bayar untuk 10 bulan sahaja.

Starter

Untuk team kecil yang baru nak tersusun.

Harga Founding Partner
RM199RM159/bulan
  • 2 user termasuk
  • Tambah user RM89/bulan seorang
  • Today, site visit & follow-up
  • Quotation & PDF berlogo
  • Link quotation untuk customer
  • Booking & rekod bayaran
  • Yuran setup RM500, sekali sahaja
Cuba 14 hari percuma

Growth

Untuk syarikat dengan beberapa sales dan team kilang sendiri.

Harga Founding Partner
RM379RM299/bulan
  • 5 user termasuk
  • Tambah user RM149/bulan seorang
  • Semua dalam Starter
  • Board projek & warranty
  • Invoice & resit PDF
  • Komisen & override
  • Alert Telegram
  • Yuran setup RM1,500, sekali sahaja
Cuba 14 hari percuma

Pro

Untuk syarikat besar dengan banyak sales dan cawangan.

Harga Founding Partner
RM999RM799/bulan
  • 8 user termasuk
  • Tambah user RM199/bulan seorang
  • Semua dalam Growth
  • Performance & laporan sales
  • Sokongan keutamaan
  • Yuran setup RM3,000, sekali sahaja
Cuba 14 hari percuma

CBNXT Custom

Sistem dibina ikut flow syarikat anda sendiri: borang, peringkat kerja, dokumen dan laporan yang khusus untuk cara team anda bekerja.

BermulaRM4,999ikut skop
Bincang skop di WhatsApp

Harga Founding Partner untuk 10 syarikat pertama yang langgan: jimat 20% untuk 12 bulan pertama, tambah sales page percuma bernilai RM2,500.

Pakej bulanan ada komitmen minimum 6 bulan. Pakej tahunan bayar untuk 10 bulan sahaja. Yuran setup merangkumi setup rate card, profile syarikat dan training staff.

Lepas trial 14 hari, workspace jadi read-only sehingga pakej dipilih. Data anda tak dipadam.

Founding Partner

Sales page percuma bernilai RM2,500

Untuk 10 syarikat kabinet pertama yang langgan CBNXT. Kami bina sales page untuk syarikat anda dan setting supaya setiap lead terus masuk ke Telegram.

  • Sales page ikut jenama syarikat
  • Borang leads untuk customer
  • Leads terus masuk ke Telegram
  • Kami setup, anda terus guna
10 slot sahaja. Bila penuh, tawaran ditutup.
kabinet-anda.my Dapatkan sebut harga Nama No. telefon Hantar Leads CBNXT Lead baru Puan Aina012-xxx xxxxKitchen cabinet Lead baru #2 2

Soalan yang selalu ditanya

Perlu install apa-apa?

Tak perlu. CBNXT dibuka di browser, di phone, tablet atau laptop. Anda juga boleh tambah ke home screen supaya ia dibuka macam app.

Harga kabinet kami lain dari syarikat lain. Boleh guna?

Boleh. Rate card anda sendiri yang tentukan harga: jenis kabinet, kadar per kaki, add-on dan diskaun. Quotation dikira ikut rate card tu.

Apa jadi lepas 14 hari percuma?

Workspace jadi read-only. Anda masih boleh log masuk dan tengok semua data, tapi tak boleh tambah atau ubah. Pilih pakej untuk sambung. Data tak dipadam.

Apa beza Starter, Growth dan Pro?

Starter untuk proses jualan: site visit, quotation, follow-up dan rekod booking, dengan 2 user. Growth tambah board projek, warranty, invoice dan resit, komisen dan alert Telegram, dengan 5 user. Pro tambah laporan performance, dengan 8 user. Kalau tukar pakej, data anda kekal.

Kalau team lebih ramai dari had user?

Tambah user ikut keperluan: RM89 seorang sebulan untuk Starter, RM149 untuk Growth dan RM199 untuk Pro. Admin boleh tambah terus dari dalam sistem bila had user penuh.

Berapa ramai staff boleh guna semasa trial?

Sehingga 10 staff, supaya seluruh team boleh cuba aliran penuh dari site visit sampai installation.

Data kami selamat?

Setiap staff log masuk dengan username sendiri, dan admin tentukan akses setiap orang. Setiap perubahan penting direkod dalam audit log. Data disimpan di pelayan Cloudflare, dan setiap syarikat ada workspace yang berasingan.

Macam mana nak bayar?

Melalui FPX (online banking) atau bank transfer. Invoice dan resit dihantar untuk setiap bayaran.

Boleh customer tengok quotation online?

Boleh. Hantar link quotation melalui WhatsApp. Customer buka di phone, dan anda nampak bila dan berapa kali ia dibuka.

Cuba dengan team anda sendiri

Daftar dalam 2 minit. Masukkan rate card anda, buat satu site visit, dan tengok quotation pertama keluar.

Cuba 14 hari percuma